Thursday, January 17, 2013

love cushion

love cushion...

rm110 satu...

bunga dibuat dari kain satin manakala daunnya pula dari riben satin...

bahagian tepi cushion adalah susunan bunga 3d...semeter sahaja kain diperlukan utk sebiji cushion...

Monday, January 14, 2013

tutorial bunga telur...

cara cara membuat bunga telur :

1-potong kertas crepe kepada dua saiz, saiz yg besar dlm 6.5x4 inci... saiz yg kecil dlm 4.5x2.5 inci...pastikan jalur jalur kertas melintang...

2-susun 2 kpg kertas kaler cili kat atas 2kpg kertas kaler merun...dan lipat seperti dalam gambar di bawah...  

3-ikat dengan dawai...dan gunting gunting bahagian tepi supaya nampak xsekata...

4-kembangkan kertas sehelai demi sehelai...

siapkan dua kuntum yg berlainan saiz, satu besar dan satu kecil...

5-gunting net utk telur lebih kurang 5.5x5.5 inci dan ikat macam dalam gambar di bawah...
6-lipat lipat net dan riben kemudian ikat macam dalam gambar kat bawah...gunting bentuk segitiga kat hujung net supaya nampak berbiku biku...

cara melekat dekat lidi :
1-lekat bunga kecil dahulu... 

2-lepas tu lekat sehelai daun di belakang bunga kecil...turun ke bawah dan lekatkan daun kedua dan ketiga...

3-lekatkan bunga besar...

4-lekatkan net yg ada riben di bawah bunga besar...

6-dan akhir sekali lekatkan net telur...kemudian kemaskan gulungan tape hingga hampir penghujung lidi...
siaplah sebatang bunga telur...
sekian, semoga paham...:)

Tuesday, December 25, 2012

idea - kerongsang..

kerongsang express...
hanya beberapa minit je da siap sebiji kerongsang kilauan pearl...heh heh heh

kepada sesiapa yg teringin nak buat, bahan-bahannya adalah manik saiz besar/pearl, manik saiz kecil, pin kerongsang dan gam pistol...
kemudian susun dan gam mengikut kreativiti kita...
selamat mencuba!!! 

Monday, December 24, 2012

coklat perisa oren pelbagai corak..

baru baru ni saya try buat corak 3d pada coklat...
inilah hasilnya...

C001

C002

C003

C004

C005

C006

C007, C008

C009, C010

C011, C012


yg ni bila da di isi dalam bekas...
20biji sebekas...
sape yg duduk berdekatan selayang jgn lupa tempah...hehehe

Friday, December 14, 2012

tutorial - cara buat bunga kerongsang atau sepit.


berikut adalah cara-cara membuat bunga pada kerongsang atau sepit...:)

mula-mula potong fabrik bentuk bulat dan bakar disekelilingnya supaya fabrik tidak terus tercabut dan berbulu... 

saiz bunga bergantung pada saiz bulat yg kita buat...kalau besar bulatnya besar la bunganya, dan kalau kecil, kecil la bunganya...

lipat fabrik kepada dua... 

kemudian lipat lagi menjadi empat...

cucuk jarum pada bahagian bucu bunga...

lakukan perkara yg sama sehingga menjadi 8 ke sepuluh kelopak...semakin besar bunga maka semakin banyak kelopak diperlukan...kalau bunga tu kecik 6 kelopak pun da cukup... 

bila da selesai buat semua kelopak, ikat kedua-dua hujung benang dengan ketat...

bubuh gam pada bahagian yg terdapat ikatan benang tadi...

kemudian lekatkan sekeping kelopak bersaiz sedikit kecil sebagai tapak bunga...

bubuh gam lagi dan lekatkan pin kerongsang...


jeng jeng jeng...da siap...:)

yg ni contoh bunga yg dilekatkan sepit...

Monday, November 26, 2012

brooch cotton

BROOCH DIPERBUAT DARI KAIN COTTON...:)
B16 dan B17

B18
 DIHIASI DENGAN POTONGAN RENDA DAN MANIK...:)
B19

B20 dan B21

B22

B23

B24

B25

B26

B27

B28

B29

B30
TIAP SATU BERHARGA RM2 SHJ...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...