Tuesday, December 25, 2012

idea - kerongsang..

kerongsang express...
hanya beberapa minit je da siap sebiji kerongsang kilauan pearl...heh heh heh

kepada sesiapa yg teringin nak buat, bahan-bahannya adalah manik saiz besar/pearl, manik saiz kecil, pin kerongsang dan gam pistol...
kemudian susun dan gam mengikut kreativiti kita...
selamat mencuba!!! 

Monday, December 24, 2012

coklat perisa oren pelbagai corak..

baru baru ni saya try buat corak 3d pada coklat...
inilah hasilnya...

C001

C002

C003

C004

C005

C006

C007, C008

C009, C010

C011, C012


yg ni bila da di isi dalam bekas...
20biji sebekas...
sape yg duduk berdekatan selayang jgn lupa tempah...hehehe

Friday, December 14, 2012

tutorial - cara buat bunga kerongsang atau sepit.


berikut adalah cara-cara membuat bunga pada kerongsang atau sepit...:)

mula-mula potong fabrik bentuk bulat dan bakar disekelilingnya supaya fabrik tidak terus tercabut dan berbulu... 

saiz bunga bergantung pada saiz bulat yg kita buat...kalau besar bulatnya besar la bunganya, dan kalau kecil, kecil la bunganya...

lipat fabrik kepada dua... 

kemudian lipat lagi menjadi empat...

cucuk jarum pada bahagian bucu bunga...

lakukan perkara yg sama sehingga menjadi 8 ke sepuluh kelopak...semakin besar bunga maka semakin banyak kelopak diperlukan...kalau bunga tu kecik 6 kelopak pun da cukup... 

bila da selesai buat semua kelopak, ikat kedua-dua hujung benang dengan ketat...

bubuh gam pada bahagian yg terdapat ikatan benang tadi...

kemudian lekatkan sekeping kelopak bersaiz sedikit kecil sebagai tapak bunga...

bubuh gam lagi dan lekatkan pin kerongsang...


jeng jeng jeng...da siap...:)

yg ni contoh bunga yg dilekatkan sepit...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...