Wednesday, December 6, 2023

Baju-Baju kain tshirt

Kaftan D. 


Blouse dan seluar. 


Peasant blouse dan seluar. 

 

Thursday, April 6, 2023

Kaftan kain knit

 Kaftan D


Kaftan lengan panjang

Sunday, July 31, 2016

Blaus kedua

                                                    Koleksi blaus seterusnye....
                                         
# zip sorok di bahagian belakang baju.  # hiasan renda dan riben di bahagian dada. 
                                         
    Terima kasih pada adik yg menempah...:-)
                            

Sunday, July 17, 2016

Blaus humairah

                 Blaus si comel...time kasih pada adik ipar saya yg menempah blaus ni. 
   
Detail tentang blaus... Zip sorok kat belakang. Belahan di pinggang hanya bahagian depan sahaja. 


Saturday, March 21, 2015

15 koleksi terdahulu intan payung

hai semua!!
kali ni kita imbau kembali dress -dress terdahulu daripada koleksi-koleksi intan payung yer...

#Dress colour oren. # Leher dan lengan jahit klim halus. #Butang bhg belakang dress. #Hiasan renda, sulam dan bunga riben di dada.

#dress hijau dengan jahitan smocking di dada. #berkolar renda. # kedutan getah di bawah lengan. # berbutang di belakang. #renda di hujung skirt.

#dress biru tanpa lengan. #hiasan renda dan bunga riben di dada. #renda pada hujung skirt. #piping biru di leher. #jahit klim halus di lengan. # berbutang di belakang.

#dress colour merah. #jahitan smocking di dada. #berbutang di belakang. #klim di leher. #kedutan getah di bawah lengan.

#dress simple tiada kedutan. #bertali di bahu. tali boleh dilerai dan di ikat semula. #poket di tengah-tengah dress. # hiasan renda di hujung skirt.

#dress purple berbelah dan berbutang di depan iaitu dari atas sampailah ke bawah. #ropol di sepanjang kiri dan kanan belahan berbutang. #leher klim. # tangan ropol kepak.

#baju kurung berpiping. #jahitan mata lalat di leher. #jahit sembat pada tangan dan bawah baju. # kain susun tepi. 

#baju kurung biasa. #kain susun tepi. #jahitan mata lalat di leher. # sembat pada tangan dan bawah baju. 

#dress berkolar. #gabungan kain bercorak dan kain kosong. #hiasan renda dan sambungan kain kosong pada hujung skirt. #berbutang di belakang. #klim dgn kain bercorak pada hujung kolar dan hujung lengan.

#dress berkolar dan tanpa lengan. #jahitan lipatan membentuk corak petak-petak kecil di dada. #piping di kolar. # klim halus di tangan. # tampalan renda di pinggang. # berbutang di belakng. #piping di skirt.

#baju kurung bermanik di leher, bawah baju dan bawah tangan. #kain susun tepi.

#dress biru yg simple berbelah dan berbutang di depan. 

#dress dengan sedikit jahitan smocking dan hiasan dua biji butang di dada. #hiasan ropol berlipat di leher.  #berbutang di belakang. #tangan klim halus. 

#dress pink lembut berkolar.# jahitan lipatan membentuk corak petak-petak di dada. #piping di kolar dan hujung tangan. # hiasan bunga riben. #berbutang di belakang. #piping di skirt.

#dress biru tanpa lengan. # leher berbentuk v. #hiasan renda di sekeliling skirt. # renda dibentuk menjadi bunga. # butang di belakang.    
semua ni adalah koleksi terdahulu intan payung dan sudah tidak terdapat dalam simpanan. kemungkinan fesyennye akan dijahit semula tetapi corak kainnye mungkin berbeza.

utk sebarang pertanyaan sila wassap saya di nombor 0176902238.

sila ikuti update intan payung seterusnya utk mengetahui koleksi-koleksi terdahulu intan payung. 
^_^ 


Wednesday, March 11, 2015

DRESS LOVE-LOVE…

LOVE-LOVE DRESS...
SOLD OUT...


THANK YOU KEPADA UDE SAYA YG SUDI MEMBELI DRESS INI UTK BABY JAGAANNYE...^_^




DETAIL DRESS(LBH KURANG SBB TAK INGAT SANGAT DAH):
  1. ZIP SOROK KAT BELAKANG DRESS.
  2. TALI PINGGANG BOLE BUKA DAN IKAT DARI RIBEN SATIN.
  3. HIASAN BUNGA RIBEN KAT PINGGANG.
  4. ROPOL DI SEKELILING BAWAH DRESS.


Tuesday, March 10, 2015

Gaun anak solehah…


Hai sume…alhamdulillah dan terima kasih pada adik ipar saya kerana sudi menempah gaun labuh ni utk puteri kesayangannya, yaya.

Ni lah rupenye bile si kecik yaya yg berumur setahun lebih tu pakai…
Tengok gambar kat bawah ni bukan main pandai lagi yaya menggayakannya…
Kalau ade sesiapa yg berminat nak baju macam yaya jgn lupe wassap nombor saya yer.
Ok, akhir kata didilah anak-anak kite sedari kecil dgn pakaian-pakaian yg Islamic ^_^   

Thursday, January 17, 2013

love cushion

love cushion...

rm110 satu...

bunga dibuat dari kain satin manakala daunnya pula dari riben satin...

bahagian tepi cushion adalah susunan bunga 3d...semeter sahaja kain diperlukan utk sebiji cushion...

Monday, January 14, 2013

tutorial bunga telur...

cara cara membuat bunga telur :

1-potong kertas crepe kepada dua saiz, saiz yg besar dlm 6.5x4 inci... saiz yg kecil dlm 4.5x2.5 inci...pastikan jalur jalur kertas melintang...

2-susun 2 kpg kertas kaler cili kat atas 2kpg kertas kaler merun...dan lipat seperti dalam gambar di bawah...  

3-ikat dengan dawai...dan gunting gunting bahagian tepi supaya nampak xsekata...

4-kembangkan kertas sehelai demi sehelai...

siapkan dua kuntum yg berlainan saiz, satu besar dan satu kecil...

5-gunting net utk telur lebih kurang 5.5x5.5 inci dan ikat macam dalam gambar di bawah...
6-lipat lipat net dan riben kemudian ikat macam dalam gambar kat bawah...gunting bentuk segitiga kat hujung net supaya nampak berbiku biku...

cara melekat dekat lidi :
1-lekat bunga kecil dahulu... 

2-lepas tu lekat sehelai daun di belakang bunga kecil...turun ke bawah dan lekatkan daun kedua dan ketiga...

3-lekatkan bunga besar...

4-lekatkan net yg ada riben di bawah bunga besar...

6-dan akhir sekali lekatkan net telur...kemudian kemaskan gulungan tape hingga hampir penghujung lidi...
siaplah sebatang bunga telur...
sekian, semoga paham...:)

Tuesday, December 25, 2012

idea - kerongsang..

kerongsang express...
hanya beberapa minit je da siap sebiji kerongsang kilauan pearl...heh heh heh

kepada sesiapa yg teringin nak buat, bahan-bahannya adalah manik saiz besar/pearl, manik saiz kecil, pin kerongsang dan gam pistol...
kemudian susun dan gam mengikut kreativiti kita...
selamat mencuba!!! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...